Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihanraya
ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum
ini. (sumber: Malaysiakini 22/6/2012)
“Mengadakan
PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalu lintas.
Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat
solat di tempat orang ramai melintas. Orang yang sengaja memilih tempat solat
lalulintas itu yang berdosa” (Mantan Mufti Perlis
Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin)
Dalam
konteks pilihanraya, rakyat bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong
atau menolak mana-mana calon yang bertanding. SEKIRANYA pihak berkuasa
memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu
tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab
mengundi.
Justeru,
Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK SAMA SEKALI WAJAR dilaksanakan sewaktu
musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh
ribu jemaah haji dan petugas haji sedang berada di luar Negara. Lalu terhalang
dari menunaikan hak dan kewajiban mengundi atau menjadi calon. (Multaqa
Asatizah dan Dua’t [MURSHID])
KAMI
BERHARAP PIHAK KERAJAAN AKAN BERHATI-HATI
DALAM MEMUTUSKAN TARIKH PRU DAN KAMI BERHARAP AGAR PILIHANRAYA SAMA SEKALI
TIDAK AKAN DIADAKAN PADA MUSIM HAJI.
brought to you by:
edu and research secretariat,
irkhs's 2011/2012.
No comments:
Post a Comment